Dialek yang diberi:-
Terdapat beberapa perkataan dalam dialek Kedah yang hampir sama sebutan tetapi mempunyai makna yang berbeza:-
i) katok [ka.tok], iaitu pukul dengan menggunakan benda lain (kayu, tukul
dll.)dan selalunya di bahagian kepala mangsa; ketuk.
ii) katok [ka.toq], alur lopak air, atau jalan air di antara tanah tinggi.
iii) ketok [ke.toq], bekas air yang dibuat dari tin atau ayan.
iv) ketur [ke.toq], bunyi ayam betina.
v) ketuak [ke.tuaq], penuh, ramai, padat.
Daripada Pendengar:-
1. cerodong ( Azahari Felda Teloi Timur )
Seseorang yang belum matang fikiran/kelakuan.
2. berhingus ( Puan Rasni )
Masih kanak-kanak, belum boleh diajak berbincang.
3. tebiang [te.biyang]( Pak Long Man )
Menggagahi, melakukan sesuatu di luar upaya.
4. mangkar [mang.kaq] ( Ida, Pengkalan Hulu )
Mengkal, buah (durian) yang isinya agak keras dan tawar.
5. karau [ka.ghau] ( Pak Ku Chuping, Perlis )
i. Menarik sesuatu yang panjang (benang, tali dll) sedikit demi sedikit.
ii. Mengambil sesuatu sedikit demi sedikit (untuk kepentingan sendiri).
iii.Mengacau, mengaduk.
6. serebeh ( Kak Zah Seberang Perai )
Berkedaan atau bentuknya sudah tidak seperti asal, tak sempurna (bkn
pakaian dan peralatan).
7. coreng [co.riyang]( Puteri Naka)
i. Cucur atap.
ii.Garisan panjang dan tidak tentu rupanya.
8. rabut ( Puteri Naka )
Ragut, rentap, renggut, tarik dengan paksa.
9. gonyeh ( Pak Lang Zain )
Kunyah (kerana tiada gigi).
10. makan-cekak ( Mak Ndak Chuping, Perlis )
Sanggup, berkeupayaan, mampu melakukan.
11. ulu deh ( Pak Ndak DJ Parit Panjang )
Terlalu jauh, hujung sekali, pendalaman.
Mai cek oi cek mai.....
Mai Cek Oi Cek Mai (SELOKA ORANGKEDAH)
Video klip ini hasil ciptaan dan
sumbangan dari anakandaku:-
sumbangan dari anakandaku:-
KHAIRIL SHAHMI BIN SHAIDUN
http://maidaribendang.blogspot.com/
22 September, 2011
18 September, 2011
Siaran Sabtu, 16.4.2011:-
Keunikan dialek:-
Katanama 'sama tua', tidak bermaksud sama tua atau sebaya, atau sama-sama tua seperti pengertian sebenar. Sebaliknya dalam penggunaan loghat utara, sama tua ialah katanama bagi pasangan suami atau isteri.
Dialek yang seerti ialah orang rumah.
Daripada Pendengar:-
1. rempung [ghem.pung] ( Khatijah Ali )
Membawa kesemua barang dengan kedua-dua belah tangan.
2. cetok [cey.tok.] ( Pak JJ )
Duduk dengan lendit atau sempurna.
3. berdehau ( Pak JJ )
Terlampau atau terlalu panas.
4. malu-alah ( Pak Ku Chuping, Perlis )
Dihormati, disegani.
5. bok ( Pak Ku Chuping, Perlis )
Tilam yang diperbuat dari kabu.
6. ronot [gho.not] ( Yusoff Sanglang )
Berjalan dengan menundukkan badan kerana mengelak dari tersangkut sesuatu
di bahagian kepala.
7. sekeleng [se.kleng] ( Azahari, Felda Teloi Timur )
Pukul dengan menggunakan lidi (penyapu).
8. memukul [me.mu.koi]> ( Azahari, Felda Teloi Timur )
membanting padi, merelaikan padi dari tangkai.
9. kelaring [kla,ring] ( Puteri Naka )
Keadaan kulit yang bertukar jadi kelabu kerana terbakar panas matahari.

12 April, 2011
Siaran Sabtu 9.4.2011:-
Loghat yang diberikan ialah "celung" yang bermaksud:-
i. Alat (kandang kecil) dibuat dari kayu, buluh atau rotan yang digunakan untuk
kanak-kanak kecil berlatih berjalan. (Sekarang ini dibuat dari plastik dan
beroda.)
ii. Kandang sempit untuk melatih gajah atau kerbau.
iii. Jalan air, alur, parit kecil, anak sungai.
Daripada Pendengar:-
1. Punat (Wa Long SP)
i. Mata pada bisul ii. Tombol, suis
2. Cangok; Cangak (Pakcik Aziz)
Memerhati merata-rata tanpa tujuan (rasa hairan).
3. Mandom (Pakcik Aziz)
Lembab, tidak cergas, kurang bermaya.
4. Menereluh (Azahari Teloi)
Tidur sepanjang masa, suka tidur, asyik tidur.
5. Tebulas (Alias)
Berkelakuan atau bercakap yang kurang sopan.
6. Adan (Paku Ku Perlis)
[Sama erti dengan celung.]
7. Perelai (Pak JJ)
i. Menanggalkan buah dari tangkainya. ii. Perli, ejek, sindir.
8. Seketok (Pak JJ)
i. Sedikit, tidak banyak ii. Dekat, pendek.
9. Serondol (Pak Man Rojak)
Sondol, tolak dengan kepala.
10. Terendom (Pak Man Rojak)
Tertunduk, merendah (selalunya kepala).
11 .Melugai (Pak Ngah Mat Isa)
i. Loya, hendak muntah ii. Meluat, benci, tidak suka.
12. Hayai (Pak Ngah Mat Isa)
Rasa manis yang tidak tulin (rasa antara manis dan tawar).
13. Pedar (Pak Ngah Isa)
Pahit dan sedikit pedas.

04 April, 2011
Siaran Sabtu 2.4.2011:-
Loghat yang diberi:-
i. Subuh Shafie (awal subuh).
ii.Subuh gajah (lewat subuh; masih ada lagi waktu subuh dan masih boleh mengerjakan solat subuh)
Daripada Pendengar:-
1. Cerodong (Azahari, Teloi)
Remaja yang belum matang fikirannya.
2. Berhingus (Puan Rasni)
i. Hidung yang sentiasa berhingus.
ii. Masih kanak-kanak, belum boleh dibawa berbincang.
3. Mangkar (Ida Pengkalan Hulu)
i. Mengkal, buah (durian) yang isinya agak keras dan tawar.
ii. Keras, tidak empuk (ubi dll yang direbus)
4. Loklak (Ida, Pengkalan Hulu)
Bercakap atau berkelakuan kurang sopan kasar.
5. Karau (Pak Ku Perlis)
i. Menarik sesuatu yang panjang (benang, tali dll) sedikit demi sedikit.
ii. Mengambil sesuatu secara sedikit demi sedikit (untuk kepentingan sendiri).
iii.Mengacau, mengaduk.
6. Mentekedarah (Pak Ku Perlis)
Makan banyak dan gelojoh, pelahap; muntahkedarah;makankedarah.
7. Berserebeh (Kak Zah Kepala Batas)
Tidak seperti asal, tak sempurna (bkn pakaian dan peralatan).
8. Coreng (Puteri Naka)
i. Cucur atap.
ii. Garisan panjang dan tidak tentu rupanya.
9. Rabut (Puteri Naka)
Ragut, rentap, renggut, tarik dengan paksa.
10. Gonyeh (Pak Lang Zain)
Kunyah (kerana tiada gigi).
11. Tenggek (Pak Lang Zain)
Duduk yang sedikit, duduk mengiring atau senget.
12. Makan cekak (Mak Ndak Chuping)
Sanggup, berkeupayaan, mampu melakukan.
13. Sekeleng (Mi Jambu Kulim)
Melakukan dengan sengaja.
14. Ulu deh (Pak Ndak DJ Parit Panjang)

28 Mac, 2011
Siaran Sabtu, 26.3.2011:-
Daripada Pendengar:-
1.Loleh (Pak JJ)
Membuat kerja sambil lewa, lambat.
2.Soeih (Pak Syed Changlon)
Terjengul, muncul, keluar (dengan tiba-tiba).
3.Tuang-tuang; tetuang (Pak Salleh Jalan Datuk Kumbar)
Alat bunyi-bunyian dibuat dari tanduk binatang (lembu/kerbau) untuk memberitahu atau mengumumkan sesuatu.
4.Sengiang; serengiang (Mat Jeket)
Cakap dengan nada suara meninggi, tengking.
5.Bem (Abang Radhi Kulim)
Pipi tembam.
6.Cucur telinga keling (Pak Ngah Mat Isa)
Sejenis kuih dibuat dari campuran tepung jawi, santan, gula dan diuli kemudian digoreng. Kuih atau cucur peneram.
7.Cam (Pak Ngah Mat Isa)
i. Kenal kerana pernah melihat atau mendengar ii) Bakul atau bekas pengisi barang dibuat dari rotan dan mempunyai pemegang (telinga) dan boleh dikandar.
8.Toeit (Pak Man Rojak)
Piut, gelaran selepas cicit.
9.Hau(Pak Man Rojak)
i. Terlalu busuk, teramat busuk; busuk hau ii. Kosong, tak ada apa, tak boleh apa.

21 Mac, 2011
Siaran Sabtu, 19.3.2011:-
Loghat diberi:-
Kata nama untuk gelaran dalam keluarga mengikut dialek begitu unik:-
1) Long - (sulung) Tok Long, Mak Long, Pak Long, Kak Long, Abang Long
Wa - Tok Wa, Wa, Kak Wa, Adik Wa
Caq - Tok Caq, Mak Caq, Pak Caq, Kak Caq, Abang Caq
2) Ngah -(tengah) Tok Ngah, Mak Ngah, Pak Ngah, Kak Ngah, Abang Ngah,
3) Lang - Tok Lang, Mak Lang, Pak Lang, Kak Lang, Abang Lang, Adik Lang
4) Njang - Tok Njang, Mak Njang, Pak Njang
5) Ndak - Tok Ndak, Mak Ndak, Pak Ndak
6) Teh - Tok Teh, Mak Teh, Pak Teh, Kak Teh, Abang Teh, Adik Teh
7) Tam - Tok Tam, Mak Tam, Pak Tam, Kak Tam, Abang Tam, Adik Tam
8) Cik - Tok Cik, Mak Cik, Pak Cik, Kak Cik, Abang Cik, Adik Cik
9) Su (cu) - (bongsu) Tok Su, Mak Su, Pak Su, Kak Su, Adik Su.
Daripada Pendengar:-
1. Selepang (Azahari, Felda Teloi)
Sangkut di bahu (bkn kain, serban, dll)
2. Caca marba (Wa Long SP)
Bercampur-aduk.
3. Cengkuas (Yusof Sik)
Barangan (satu ) yang dikandar di bahagian belakang.
4. Tan (Kak Timah SP)
1. Kandang, bangsal 2. Berkeinginan, berhasrat
5. Mencalai (Linda Anak Bukit)
Berlari-lari tanpa arah dan tiada henti (bagi lembu atau kerbau).
6. Hawa (Hj Mohd Fisol Darus Alor Setar)
Selera, nafsu, keinginan.
7. Juah;Juak (Hj Mohd Fisol Darus Alor Setar)
Sombong, ego, cakap besar.
8. Takuk (Puteri Naka)
Takat atau had pada kayu yang ditakek.

12 Mac, 2011
Siaran Sabtu 12.3.2011:-
Loghat diberi:-
'Kenen' yang mempunyai dua makna:-
i. Menghala atau menujukan sesuatu ke sasaran tetapi dengan
menggunakan objek lain terlebih dulu (bkn permainan).
ii. Sindir, menujukan perkataan kepada seseorang tetapi dengan cara
mengkiaskannya kepada orang lain; "Pukul anak, sindir menantu"
- Peribahasa.
Daripada Pendengar:-
1. Kal - bunyinya kai (Zamyani Kulim)
Sukatan untuk mengira bijirin (padi dll). 2 kal bersamaan 1 cupak.
2. Hanggau (Zaharah Matang Kong)
Mengambil (dengan tangan) sesuatu yang jauh hingga terpaksa
melonjakkan badan.
3. Rembas (Zaharah Matang Kong)
Hempas, meletakkan sesuatu dengan rasa geram atau marah.
4. Nahi-nahi (Pak Lang Jitra)
i) Beriya-iya, betul-betul. ii) Nyaris-nyaris, hampir-hampir.
5. Tut-tut (Pak Lang Jitra)
Tiba-tiba, tak semena-mena.
6. Sembong (Pak Lang Di)
Menerkam, menerpa untuk mematuk (bkn ayam, itek yang garang)
7. Pating (Rahim Baling)
Penanda atau penunjuk supaya tidak sesat di hutan (biasanya diikat
ranting atau daun pokok ); kayan.
8. Kisik (Rahim Baling)
Meraut, menghaluskan, melicinkan (bkn buluh, rotan dll).
9. Bantai (Pak Ku Perlis)
i) Menghentam, memukul ii) Makan dengan lahap, mengasak.
10. Mukat (Azahari Teloi)
Cari pasai, cari sebab. Jangan dok mukat; jangan dok cari pasai.
11. Sumbing (Pak Salleh Jalan Datuk Kumbar)
Rabit atau serpih di bahagian tepi (bkn pisau, barangan kaca).
12. Rebat (Pak JJ)
Menyekat jalan dengan daun dan ranting kayu.
13. Lut (Kak Timah)
Telap, boleh dimakan senjata, tidak kebal; Tak lut, kebal, tak
makan oleh senjata
14. Gagau (Kak Timah)
Meraba, mencari sesuatu (dalam gelap, dalam air dll).

05 Mac, 2011
Siaran Sabtu 5.3.2011:-
"Kepala" dalam konteks dialek mempunyai keunikan dan keiistimewaan.
Kepala mempunyai beberapa makna:-
i. Anggota tubuh yang paling atas iaitu selepas leher.
ii. Bahagian paling atas (dan pekat) bagi cecair seperti santan, susu, kuih
tepung talam.(kepala santan, kepala susu, kepala tepung talam)
iii. Individu atau orang yang paling atas dalam sesuatu kumpulan.
iii. Ketua Pejabat atau Pengarah Jabatan. Sebelum Merdeka di Kedah mempunyai
Kepala Pekerjaan Tanah (kini Pengarah Tanah), Kepala Pekerjaan Tanam-
Tanaman (kini Pengarah Pertanian), Kepala Pekerjaan Parit & Taliair (kini
Pengarah Parit dan Taliair)
iv. Banyak simpulan bahasa berdasarkan kepala seperti kepala angin,
kepala masam, kepala akal, besar kepala dll.
Tetapi agak unik dan istimewa kerana dalam tubuh badan manusia (dalam
konteks dialek), ada lagi beberapa kepala iaitu kepala bahu dan kepala lutut. Dan
kepala otak menjadi dialek kesat untuk memarahi seseorang.
Daripada Pendengar:-
1. Renggah (Tuan Haji Said)
i) Kuat (bkn gelak, menangis, berlagu)
ii) Mengambil hingga habis (buah di pokok)
2. Kedai (Tuan Haji Said)
Dibiar berselarak-tarak, tidak tersusun
3. Habu (Kak Timah)
Sapu habis, sapu licin, menang besar (bkn permainan, judi dll)
4. Si'a (Pak Su Chin)
Mangkuk bertingkat.
5. Panggau (Merbok Mas)
Tempat meletak kayu (diperbuat daripada kayu yang disilang) supaya
kayu tidak terkena tanah dan senang untuk mengambilnya.
6. Jakan (Kak Wa)
Pengayak tepung.
7. Kandom (Kak Wa)
Ikan yang dipotong dan dijadikan ketulan.
8. Jengkiar (Pak Ku)
Bahagian hujung lantai, bangku atau tempat duduk.
9. Julai (Pak Ku)
Ranting; Hujung julai, hujung ranting.

26 Februari, 2011
Siaran Sabtu 26.2.2011:-
Loghat diberi:-
Tigasuku
Makna baku atau standard ialah kelakuan, sikap, perangai kurang sopan atau kurang siuman. Makna dialek ialah:-
i) Kadar, banyak atau jumlah bahagian
Contoh ayat dialek:-
Tigasuku bendang tu dah habis ditanam padi. (Ertinya ¾ bahagian dari bendang)
Dia dah pi tiga suku jalan baru tersedar lupa bawa duit. (Ertinya ¾ bahagian dari perjalanan)
ii) Masa, waktu
Contoh ayat dialek:-
Depa masuk kerja pukul tujuh tiga suku pagi. (Ertinya pukul 7.45 pagi)
Dok tunggu dia tadi pun tigasuku jam dah, tu yang lambat bertolak. (Ertinya 45 minit)
iii) Jumlah ‘pengkeras’ yang digunakan dalam perubatan tradiosional.
Contoh ayat dialek:-
Kalau nak berubat dengan Tok Bomoh tu kena bagi pengkeras lima tiga suku. (Ertinya RM5.75)
Daripada Pendengar:-
1. Tekoh (Pak Mi Mamak Changlon)
Kadang, ketika; tekoh-tekoh, kadang-kadang, ketika-ketika.
2. Tak menyokoh (Pak Mi Mamak Changlon)
Tidak cekap berkerja, tidak mahir; tak bertokoh
3. Hebiar (Pak Su Chin)
i) Digandingkan dengan rasa; tawar-hebiar, terlalu tawar, tak rasa apa-apa (Gulai tu tawar-hebiar pasai lupa boh garam.)
ii)Dikaitkan dengan mulut; mulut-hebiar, mulut celupar, mulut laser. (Dia memang mulut hebiar, cakap menyakitkan hati orang.)
4. Kelepir; Kelepiar (Pak Su Chin)
i) Mengitai dengan tangan, mengetis atau mengibas. (Dia kelepiar lima enam kali baru lintah tu jatuh)
ii)Satu cara memukul dengan menggunakan tapak tangan. (Hang jangan pi dekat sangat, sat ni kot aku kelepiar)
iii)Berusaha mengelak diri dari sesuatu tanggungjawab. (Tanya banyak sangat sampai tak larat nak kelepiar)
5. Kelemuih (Pak Su Chin)
6. Selimut hingga menutupi keseluruhan kepala.
7. Perabung; parabung (Wan Long SP)
8. Bahagian puncak bumbung
9. Parabuang (Wan Long SP)
Para di bahagian sisi rumah bertujuan supaya segala tumpahan jatuh ke tanah.
10. Lah (Pak Lang Bakar)
Berhenti menyusu.
19 Februari, 2011
Siaran Sabtu 19.2.2011:-
Loghat yang diberi:-
Satu lagi keunikan Loghat Utara ialah terdapatnya beberapa katanama yang biasanya berada atau berkaitan dengan laut tetapi digunapakai untuk katanama di daratan. Contohnya:-
i) Pantai (Kawasan tepi sungai atau tebing yang landai dan mendatar; biasanya berpasir). Dari sini wujudnya beberapa nama tempat seperti Pantai Johor, Pantai Halban, Pantai Chicak, Pantai Perai dll.
ii) Kuala (Kawasan tepi sungai yang dulunya dijadikan sebagai pengkalan keluar masuk). Darinya juga wujud nama-nama tempat seperti Kuala Nerang, Kuala Pai, Kuala Lanjut, Kuala Ketil dll.
iii) Pulau (Segugus atau sekelompok kampung, belukar, tanaman dsbnya terletak di tengah-tengah kawasan lapang). Dari sini berasal nama-nama tempat seperti Pulau Pisang, Pulau Timbul, Pulau Nyior, Pulau Sepom dll.
Daripada Pendengar:-
1. Belebau (Pak Mi Mamak)
i. Pukul dengan menggunakan sesuatu benda; tibai
ii. Kiasan bermaksud makan dengan banyak.
2. Keluas (Pak Mi Mamak)
Tidak cermat membuat kerja, tidak kemas; halabalai
3. Balur liat (Pak Long Man)
i. Sejenis rumput (dalam lumpur sawah) yang liat dan amat sukar dicabut.
ii. Simpulan Bahasa bermaksud malas, berat tulang; penyegan.
4. Keliting (Shamsiah Bukit Tangga)
Berligar-ligar di sekitar, masih tidak pergi jauh
5. Gelemat (Merbok Mas)
Gelap pekat, terlampau gelap, terlalu hitam, gelap-gelemat
6. Pasenjin (Pak Ku Chuping)
Penumpang (dari kata Inggeris - Pasengger)
7. Kolet (Pak Ku Chuping)
Kondaktor, kelendan (dari kata Inggeris - Collector)
8. Sentribod (Pak Ku Chuping)
Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah (dari kata Inggeris - Sanitary Board)
9. Tebulas (Mi Jambu)
Berperangai kurang sopan, tak senonoh
10. Keng (Berahim Cerok Puting)
i. Terlalu keras (ketulan tanah dll)
ii. Berkeras, enggan mengalah
11.Geluk (Berahim Cerok Puting)
Minta bersungguh-sungguh walaupun tidak diberi.

17 Februari, 2011
Siaran Sabtu, 12.2.2011:-
Loghat yang diberi:-
i) Layur (kk)
Memanaskan daun (daun pisang, mengkuang dll) supaya lembut.
ii) Layur (ka)
Menunjuk-nunjuk, menayang dengan tujuan untuk membangga diri.
Daripada Pendengar:-
1. Meliu (Cik Mat Pokok Tai)
Pandangan yang berbinau, berbintang-bintang.
2. Meliau (Cik Mat Pokok Tai)
Luka yang tidak sembuh dan makin membesar; meroyak.
3. Cuak (Kak Zah Lahar Kepar)
Bimbang, gentar, takut, ; seriyau.
4. Ceruak (Kak Zah Lahar Kepar)
Siram, simbah, curah.
5. Kenarang (Pak Lang Di Sedim)
Pengandar (batangnya buluh atau batang kayu).
6. Kiat (Kak Timah)
(i) Tidak lagi normal, tidak betul,senget, herot, gelong. (ii) Ketat, sendat.
7. Peroi (Pak Ku Perlis)
Tabur.
8. Melanus (Mutiara Jun)
Lambat sembuh, sakit berpanjangan.
9. Tema'a (Mutiara Jun)
Kedekut, lokek.
10.Jaong (Zaki Langkawi)
Cuaca redup, mendung.
11.Kerenka dangu (Badariah)
Kurus kering.
12.Cucur air (Pak Tam Sungai Petani)
Bilas, air basuhan terakhir.
13. Derau; berderau (Pak JJ)
(i) Tersirap (bkn darah) (ii) Gotong-royong.
14. Laih (Pak JJ)
Daif, tidak bermaya, selekeh, letih.
15.Riuh-remang (Pak JJ)
Riuh-rendah, hiruk-pikuk.

Siaran Sabtu, 5.2.2011:-
Loghat yang diberi:-
Terdapat keunikan atau keistimewaan pada loghat atau dialek Utara (kategori kata nama) di dalam menyebut hari lepas dan hari akan datang. Dalam penggunaan Bahasa Melayu baku, disebut 'semalam' bagi sehari yang lepas dan 'kelmarin' untuk hari-hari yang selepasnya. Tetapi di dalam dialek, untuk sehari yang lepas disebut 'kemarin'; dua hari yang lepas disebut 'kemarin dulu'; tiga hari yang lepas disebut 'kemarin dulu balik sana'; dan empat hari yang lepas disebut 'kemarin dulu balik sana nu'.
Begitu juga untuk satu hari akan datang, disebut 'esok' dalam penggunaan Bahasa Melayu standard dan 'lusa' untuk dua hari akan datang. Manakala uniknya di dalam dialek, ada lagi selepas 'lusa' iaitu disebut 'tulat'. Malah terdapat juga yang menyebut 'tungging' iaitu untuk empat hari akan datang. Kata 'tungging' ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun terdapat pengunaannya pada sesetengah tempat atau kelompok.
Daripada Pendengar:-
1. Mengekor (Makcik Aminah, Mergong)
Ingin bersama, hendak mengikuti; ikut atau turut dari belakang.
2. Seculin (Pak Ku, Perlis)
Sedikit, secubit (bkn sukatan).
3. Kelolo; keloloh (Pak Ku, Perlis)
Kelakar, melawak, bergurau.
4. Terpa (Kak Zabedah, Langkawi)
Terkam, serbu.
5. Mengelau (Azahari, Felda Teloi Timur)
Memancing (ikan haruan) dengan cara menggerak-gerakkan umpan dan sambil
berjalan.
6. Seloros (Azahari, Felda Teloi Timur)
Menyanyi atau berlagu dengan nada agak sumbang.
7. Cereguh; ceguh (Ku Dam, Kepala Batas)
Telah hadir, tersedia, tercokoh.
8. Kelemboi (Mi Mamak, Changlon)
Sejenis siput (gondang) air tawar berbentuk bulat dan berwarna kelabu. Telornya
berangkai dan warna kuning keperangan.
9. Gelung; belung (Wan Long, Sungai Petani)
Bertubuh, berbadan besar (bkn manusia).
10. Siring (Mami, Sungai Petani)
Menyaring, mengasingkan, memilih, mengambil bahagian tertentu sahaja (bkn cecair).
11. Honggar (Mami, Sungai Petani)
Menggoyang-goyang sesuatu yang tegap supaya jadi longgar.

15 Februari, 2011
Siaran Sabtu, 29.1.2011
Loghat yang diberi:-
i. Het (sebab, kerana, pasai, punca)
Contoh ayat dialek:-
"Depa tu mengkelai bukan ada het apa pun. Mula tu melawak saja."
ii. Het-het (bermula, sejak)
Daripada Pendengar:-
1. Panggu (Mi Mamak, Changlon)
Habuan atau bahagian yang berhak diperolehi.
2. Cotet (Mi Mamak, Changlon)
Sikit sangat, kecil.
3. Coeh (Pak JJ)
Sebutannya coyeh. Muncul atau datang secara tiba-tiba.
4. Celapak (Pak JJ)
Terkam, terpa.
5. Lokek (Pak JJ)
Garang, bengis.
6. Ulo (Muaz, Baling)
Hulur, sua.
7. Berdehau (Muaz, Baling)
Tersangat, terlampau, amat.
8. Senyuh (Kak Ina, SP)
Tolak dengan agak kuat, tekan.
9. Pandak (Kak Ina, SP)
Pendek.
10.Melayah (Wan Long, SP)
Goyah, hampir tumbang.
11.Lak (Wahab, Sungai Batu)
Biar, tak peduli.
12.Giau (Mohamad, Alor Setar)
Tangkai padi yang dikerat atau diketam.
13.Gemal (Mohamad, Alor Setar)
Sebutannya gemai. Gumpalan tangkai padi.
14.Kelepir (Pak Syed, Changlon)
Sebutannya kelepiaq. Libas (dengan tangan).
15.Meruit (Pak Syed, Changloon)
(Sebutannya me roet.) Bergerak-gerak.
16.Soh (Kak Wan)
Membuang atau mencurah air.
i. Het (sebab, kerana, pasai, punca)
Contoh ayat dialek:-
"Depa tu mengkelai bukan ada het apa pun. Mula tu melawak saja."
ii. Het-het (bermula, sejak)
Contoh ayat dialek:-
"Dulu ni pernah la abang dia tegur pasai dia naik motor deras sangat.
Het-het tu la yang dia tak dia tak bercakap dengan abang dia"
Daripada Pendengar:-
1. Panggu (Mi Mamak, Changlon)
Habuan atau bahagian yang berhak diperolehi.
2. Cotet (Mi Mamak, Changlon)
Sikit sangat, kecil.
3. Coeh (Pak JJ)
Sebutannya coyeh. Muncul atau datang secara tiba-tiba.
4. Celapak (Pak JJ)
Terkam, terpa.
5. Lokek (Pak JJ)
Garang, bengis.
6. Ulo (Muaz, Baling)
Hulur, sua.
7. Berdehau (Muaz, Baling)
Tersangat, terlampau, amat.
8. Senyuh (Kak Ina, SP)
Tolak dengan agak kuat, tekan.
9. Pandak (Kak Ina, SP)
Pendek.
10.Melayah (Wan Long, SP)
Goyah, hampir tumbang.
11.Lak (Wahab, Sungai Batu)
Biar, tak peduli.
12.Giau (Mohamad, Alor Setar)
Tangkai padi yang dikerat atau diketam.
13.Gemal (Mohamad, Alor Setar)
Sebutannya gemai. Gumpalan tangkai padi.
14.Kelepir (Pak Syed, Changlon)
Sebutannya kelepiaq. Libas (dengan tangan).
15.Meruit (Pak Syed, Changloon)
(Sebutannya me roet.) Bergerak-gerak.
16.Soh (Kak Wan)
Membuang atau mencurah air.
Siaran Sabtu, 22.1.2011
Loghat yang diberi:-
Dalam loghat atau dialek Kedah ada Pak, ada Mak, ada Tok. Contoh dialek yang diberi:-
i) Mak Ngot (lambat, lembab, lengai)
ii) Pak Yet (kuli, membuat kerja dengan upah yang rendah)
iii) Tok Nadur (zaman dulu)
Daripada Pendengar:-
1. Pesoh (Azahari, Felda Teloi Timur)
Sebutannya pey soh. Menjaga, mengurus atau mengelola; perosah.
2. Rebiah (Azahari, Felda Teloi Timur)
Sebutannya ghe biah. (a) Ambil semua, ambil sesuka hati. (b) Belasah,
hentam.
3. Kata tutur (Pak Ku, Perlis)
Cerca, umpat, caci.
4. Sut (Pak Su Chin, Alor Merah)
Penghujung sekali, akhir.
5. Sut-sut (Pak Su Chin, Alor Merah)
Kesudahannya, akhirnya.
6. Yong (Pak Su Chin, Alor Merah)
Menghalau ke satu arah, mengarah ke satu tempat (utk ramai atau
kumpulan).
7. Lan (Pak Lang Bakar)
Tidak lalu, tidak boleh makan, pantang (untuk makan); pancin.
8. Mengkelan (Pang Lang Bakar)
Tak boleh terima, tak dapat telan, tersangkut (brkn makanan, perbuatan
dsb).
9. Jemuran (Pak Ndak DJ, Parit Panjang)
Ruang (berlantai) depan rumah tapi tidak berbumbung.
10. Merawit (Kak Ina, Sungai Petani)
Melalut.
11. Siyet (Muat, Baling)
Sebutannya si yet. Lambat, lembab.
12. Jerap (Mami)
(a) Meresap, menyerap, (bagi cecair).
(b) Tidur nyenyak, lelap.

Siaran Sabtu, 15.1.2011
Loghat yang diberi:-
“Beradun”, bermaksud kemas dan rapi, cukup sempurna atau berhemat (berkenaan pakaian, makanan dll).
Daripada pendengar:-
“Beradun”, bermaksud kemas dan rapi, cukup sempurna atau berhemat (berkenaan pakaian, makanan dll).
Daripada pendengar:-
- Kero'k (Muat, Baling)
Sentiasa berada dalam rumah atau berkurung dalam rumah. - Jelok (Muat, Baling)
Lubang atau lopak. - Rengau (Pak Syed, Changlon)
Cakar. - Kendak (Wan Long, Sungai Petani)
Perempuan simpanan. - Gabus (Pak Ngah Mat Isa)
Lap atau menyapu kotoran dengan kain kain; relas. - Terpeleo't (Pak Long Man)
Tidak seperti asal lagi, kepek, kemek. - Sanglur (Mami)
Binatang yang keguguran (kematian anak dalam kandungan). - Gah (Pak Lang Di)
Menghebah, memberitahu; canang, war-war. - Moha (Mat Halim)
Memakai kasut yang kiri ke kanan dan kanan ke kiri.
Siaran Sabtu, 8.1.2011
Loghat yang diberi:-
"No" dan "na".
No (untuk ayat pertanyaan)
Pagi ni kalau menyorok pulut nyior kukur dengan ikan kering, sedap la
no?
Betul juga no?
Isyh sungguh juga no?
Na (untuk ayat minta, pohon)
Tunggu sat na, aku nak pakai baju!
Kalau hujan, tolong tutup tingkap na!
Daripada Pendengar:-
1. Terpelehang (Pak Lah Bomoh)
Terbuka luas, tenganga.
2. Deremen (Nan Kulim)
Muka yang luka-luka kecil, lebam atau bengkak.
3. Lat lit (Kak Sri Naka)
Muncul sekejap kemudian hilang.
4. Berketok (Kak Sri Naka)
Sesak, padat, berhimpit-himpit kerana isi atau lebih muatan.
5. Kendur (Cik Mat Langkawi)
Memberi kerbau atau lembu makan rumput dengan talinya dipegang.
6. Berporong (Pak Ndak Ad)
Sama erti dengan deremen.
7. Bercerak (Pak Mi Mamak)
Suara nyaring, kuat.
8. Rongkah (Pak Ngah Li)
Mencerai atau merelaikan bahagian atau komponen sesuatu benda.
9. Kerot (Pak Ngah Li)
Mengurangkan peruntukan.
10. Selembon-berbiah (Haji Said)
Mengenakan pakaian berlebihan ukuran dan gaya berjalan jadi tidak
normal.
"No" dan "na".
i) No dan na mempunyai persamaan makna iaitu "ya".
Tetapi makna ini akan berbeza mengikut jenis atau struktur ayat.
Contoh ayat dialek:-Tetapi makna ini akan berbeza mengikut jenis atau struktur ayat.
No (untuk ayat pertanyaan)
Pagi ni kalau menyorok pulut nyior kukur dengan ikan kering, sedap la
no?
Betul juga no?
Isyh sungguh juga no?
Na (untuk ayat minta, pohon)
Tunggu sat na, aku nak pakai baju!
Kalau hujan, tolong tutup tingkap na!
Daripada Pendengar:-
1. Terpelehang (Pak Lah Bomoh)
Terbuka luas, tenganga.
2. Deremen (Nan Kulim)
Muka yang luka-luka kecil, lebam atau bengkak.
3. Lat lit (Kak Sri Naka)
Muncul sekejap kemudian hilang.
4. Berketok (Kak Sri Naka)
Sesak, padat, berhimpit-himpit kerana isi atau lebih muatan.
5. Kendur (Cik Mat Langkawi)
Memberi kerbau atau lembu makan rumput dengan talinya dipegang.
6. Berporong (Pak Ndak Ad)
Sama erti dengan deremen.
7. Bercerak (Pak Mi Mamak)
Suara nyaring, kuat.
8. Rongkah (Pak Ngah Li)
Mencerai atau merelaikan bahagian atau komponen sesuatu benda.
9. Kerot (Pak Ngah Li)
Mengurangkan peruntukan.
10. Selembon-berbiah (Haji Said)
Mengenakan pakaian berlebihan ukuran dan gaya berjalan jadi tidak
normal.
Siaran Sabtu 1.1.2011
Loghat yang diberi:-
"Oncat" jenis kata kerja yang mempunyai 2 makna. i) Menaik dan menurunkan umpan (joran) ketika memancing bertujuan untuk menarik perhatian ikan. ii) Menggerakan buaian (berspring) ke atas dan ke bawah bertujuan mendodoi anak.
Daripada Pendengar:-
1. Nyok nyet (Pak Syed Changlon)
Pergerakan atau pekerjaan yang agak lambat.
2. Kendik (Pak Ngah Shid Kampung Raga)
Menggerakkan buaian ke atas dan ke bawah secara perlahan untuk
mendodoi anak.
3. Tebiang (Puan Zaharah)
Melakukan sesuatu walaupun tidak berkeupayaan, gagah.
4. Tangga tong (Pak Long Bakar)
Tangga kecil di dalam tong pemukul padi untuk merelai buah padi
dari tangkai.
5. Dempek (Pak JJ Sedim)
Mendekati, menghampiri walaupun tidak djemput.
6. Kerok (Pak JJ)
Tidur berdengkur.
7. Pok mak (Pak Salleh Tajar)
Kata seruan ketika marah. (hampok mak)
8. Serelum (Pak Su Chin)
Memakai (pakaian, kasut, songkok dll) walaupun bukan ukurannya.
9. Suak (Rahim Kampung Keda Semangi, Baling)
Bahagian belukar di bahagian bawah.

Langgan:
Catatan (Atom)