Mai cek oi cek mai.....

Mai Cek Oi Cek Mai (SELOKA ORANGKEDAH)

Video klip ini hasil ciptaan dan
sumbangan dari anakandaku:-
KHAIRIL SHAHMI BIN SHAIDUN
http://maidaribendang.blogspot.com/



28 Mac, 2011

Siaran Sabtu, 26.3.2011:-

Daripada Pendengar:-

1.Loleh (Pak JJ)
Membuat kerja sambil lewa, lambat.

2.Soeih (Pak Syed Changlon)
Terjengul, muncul, keluar (dengan tiba-tiba).

3.Tuang-tuang; tetuang (Pak Salleh Jalan Datuk Kumbar)
Alat bunyi-bunyian dibuat dari tanduk binatang (lembu/kerbau) untuk memberitahu atau mengumumkan sesuatu.

4.Sengiang; serengiang (Mat Jeket)
Cakap dengan nada suara meninggi, tengking.

5.Bem (Abang Radhi Kulim)
Pipi tembam.

6.Cucur telinga keling (Pak Ngah Mat Isa)
Sejenis kuih dibuat dari campuran tepung jawi, santan, gula dan diuli kemudian digoreng. Kuih atau cucur peneram.

7.Cam (Pak Ngah Mat Isa)
i. Kenal kerana pernah melihat atau mendengar ii) Bakul atau bekas pengisi barang dibuat dari rotan dan mempunyai pemegang (telinga) dan boleh dikandar.

8.Toeit (Pak Man Rojak)
Piut, gelaran selepas cicit.

9.Hau(Pak Man Rojak)
i. Terlalu busuk, teramat busuk; busuk hau ii. Kosong, tak ada apa, tak boleh apa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan serta komen yang membina amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi pengertian atau maksud loghat atau dialek yang dimuatkan.