Mai cek oi cek mai.....

Mai Cek Oi Cek Mai (SELOKA ORANGKEDAH)

Video klip ini hasil ciptaan dan
sumbangan dari anakandaku:-
KHAIRIL SHAHMI BIN SHAIDUN
http://maidaribendang.blogspot.com/



04 April, 2011

Siaran Sabtu 2.4.2011:-

Loghat yang diberi:-

i. Subuh Shafie (awal subuh).

ii.Subuh gajah (lewat subuh; masih ada lagi waktu subuh dan masih boleh mengerjakan solat subuh)

Daripada Pendengar:-

1. Cerodong (Azahari, Teloi)
Remaja yang belum matang fikirannya.

2. Berhingus (Puan Rasni)
i. Hidung yang sentiasa berhingus.
ii. Masih kanak-kanak, belum boleh dibawa berbincang.

3. Mangkar (Ida Pengkalan Hulu)
i. Mengkal, buah (durian) yang isinya agak keras dan tawar.
ii. Keras, tidak empuk (ubi dll yang direbus)

4. Loklak (Ida, Pengkalan Hulu)
Bercakap atau berkelakuan kurang sopan kasar.

5. Karau (Pak Ku Perlis)
i. Menarik sesuatu yang panjang (benang, tali dll) sedikit demi sedikit.
ii. Mengambil sesuatu secara sedikit demi sedikit (untuk kepentingan sendiri).
iii.Mengacau, mengaduk.

6. Mentekedarah (Pak Ku Perlis)
Makan banyak dan gelojoh, pelahap; muntahkedarah;makankedarah.

7. Berserebeh (Kak Zah Kepala Batas)
Tidak seperti asal, tak sempurna (bkn pakaian dan peralatan).

8. Coreng (Puteri Naka)
i. Cucur atap.
ii. Garisan panjang dan tidak tentu rupanya.

9. Rabut (Puteri Naka)
Ragut, rentap, renggut, tarik dengan paksa.

10. Gonyeh (Pak Lang Zain)
Kunyah (kerana tiada gigi).

11. Tenggek (Pak Lang Zain)
Duduk yang sedikit, duduk mengiring atau senget.

12. Makan cekak (Mak Ndak Chuping)
Sanggup, berkeupayaan, mampu melakukan.

13. Sekeleng (Mi Jambu Kulim)
Melakukan dengan sengaja.

14. Ulu deh (Pak Ndak DJ Parit Panjang)
Terlalu jauh, hujung sekali, pendalaman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan serta komen yang membina amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi pengertian atau maksud loghat atau dialek yang dimuatkan.