Mai cek oi cek mai.....

Mai Cek Oi Cek Mai (SELOKA ORANGKEDAH)

Video klip ini hasil ciptaan dan
sumbangan dari anakandaku:-
KHAIRIL SHAHMI BIN SHAIDUN
http://maidaribendang.blogspot.com/



22 September, 2011

Siaran Sabtu 30.4.2011:-

Dialek yang diberi:-

Terdapat beberapa perkataan dalam dialek Kedah yang hampir sama sebutan tetapi mempunyai makna yang berbeza:-

i) katok [ka.tok], iaitu pukul dengan menggunakan benda lain (kayu, tukul
dll.)dan selalunya di bahagian kepala mangsa; ketuk.

ii) katok [ka.toq], alur lopak air, atau jalan air di antara tanah tinggi.

iii) ketok [ke.toq], bekas air yang dibuat dari tin atau ayan.

iv) ketur [ke.toq], bunyi ayam betina.

v) ketuak [ke.tuaq], penuh, ramai, padat.

Daripada Pendengar:-

1. cerodong ( Azahari Felda Teloi Timur )
Seseorang yang belum matang fikiran/kelakuan.

2. berhingus ( Puan Rasni )
Masih kanak-kanak, belum boleh diajak berbincang.

3. tebiang [te.biyang]( Pak Long Man )
Menggagahi, melakukan sesuatu di luar upaya.

4. mangkar [mang.kaq] ( Ida, Pengkalan Hulu )
Mengkal, buah (durian) yang isinya agak keras dan tawar.

5. karau [ka.ghau] ( Pak Ku Chuping, Perlis )
i. Menarik sesuatu yang panjang (benang, tali dll) sedikit demi sedikit.
ii. Mengambil sesuatu sedikit demi sedikit (untuk kepentingan sendiri).
iii.Mengacau, mengaduk.

6. serebeh ( Kak Zah Seberang Perai )
Berkedaan atau bentuknya sudah tidak seperti asal, tak sempurna (bkn
pakaian dan peralatan).

7. coreng [co.riyang]( Puteri Naka)
i. Cucur atap.
ii.Garisan panjang dan tidak tentu rupanya.

8. rabut ( Puteri Naka )
Ragut, rentap, renggut, tarik dengan paksa.

9. gonyeh ( Pak Lang Zain )
Kunyah (kerana tiada gigi).

10. makan-cekak ( Mak Ndak Chuping, Perlis )
Sanggup, berkeupayaan, mampu melakukan.

11. ulu deh ( Pak Ndak DJ Parit Panjang )
Terlalu jauh, hujung sekali, pendalaman.



18 September, 2011

Siaran Sabtu, 16.4.2011:-

Keunikan dialek:-

Katanama 'sama tua', tidak bermaksud sama tua atau sebaya, atau sama-sama tua seperti pengertian sebenar. Sebaliknya dalam penggunaan loghat utara, sama tua ialah katanama bagi pasangan suami atau isteri.

Dialek yang seerti ialah orang rumah.

Daripada Pendengar:-

1. rempung [ghem.pung] ( Khatijah Ali )
Membawa kesemua barang dengan kedua-dua belah tangan.

2. cetok [cey.tok.] ( Pak JJ )
Duduk dengan lendit atau sempurna.

3. berdehau ( Pak JJ )
Terlampau atau terlalu panas.

4. malu-alah ( Pak Ku Chuping, Perlis )
Dihormati, disegani.

5. bok ( Pak Ku Chuping, Perlis )
Tilam yang diperbuat dari kabu.

6. ronot [gho.not] ( Yusoff Sanglang )
Berjalan dengan menundukkan badan kerana mengelak dari tersangkut sesuatu
di bahagian kepala.

7. sekeleng [se.kleng] ( Azahari, Felda Teloi Timur )
Pukul dengan menggunakan lidi (penyapu).

8. memukul [me.mu.koi]> ( Azahari, Felda Teloi Timur )
membanting padi, merelaikan padi dari tangkai.

9. kelaring [kla,ring] ( Puteri Naka )
Keadaan kulit yang bertukar jadi kelabu kerana terbakar panas matahari.