Mai cek oi cek mai.....

Mai Cek Oi Cek Mai (SELOKA ORANGKEDAH)

Video klip ini hasil ciptaan dan
sumbangan dari anakandaku:-
KHAIRIL SHAHMI BIN SHAIDUN
http://maidaribendang.blogspot.com/



15 Februari, 2011

Siaran Sabtu, 29.1.2011

Loghat yang diberi:-

i.    Het  (sebab, kerana, pasai, punca)
      Contoh ayat dialek:-
      "Depa tu mengkelai bukan ada het apa pun.  Mula tu melawak saja."

ii.   Het-het (bermula, sejak)
      Contoh ayat dialek:-
      "Dulu ni pernah la abang dia tegur pasai dia naik motor deras sangat.  
        Het-het tu la yang dia tak dia tak bercakap dengan abang dia"

Daripada Pendengar:-

1.  Panggu (Mi Mamak, Changlon)
      Habuan atau bahagian yang berhak diperolehi.
2.  Cotet (Mi Mamak, Changlon)
      Sikit sangat, kecil.
3.  Coeh (Pak JJ)
      Sebutannya coyeh. Muncul atau datang secara tiba-tiba.
4.  Celapak (Pak JJ)
      Terkam, terpa.
5.  Lokek (Pak JJ)
      Garang, bengis.
6.  Ulo (Muaz, Baling)
      Hulur, sua.
7.  Berdehau (Muaz, Baling)
      Tersangat, terlampau, amat.
8.  Senyuh (Kak Ina, SP)
      Tolak dengan agak kuat, tekan.
9.  Pandak (Kak Ina, SP)
      Pendek.
10.Melayah (Wan Long, SP)
      Goyah, hampir tumbang.
11.Lak (Wahab, Sungai Batu)
      Biar, tak peduli.
12.Giau (Mohamad, Alor Setar)
      Tangkai padi yang dikerat atau diketam.
13.Gemal (Mohamad, Alor Setar)
      Sebutannya gemai. Gumpalan tangkai padi.
14.Kelepir (Pak Syed, Changlon)
      Sebutannya kelepiaq. Libas (dengan tangan).
15.Meruit (Pak Syed, Changloon)
      (Sebutannya me roet.) Bergerak-gerak.
16.Soh (Kak Wan)
      Membuang atau mencurah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan serta komen yang membina amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi pengertian atau maksud loghat atau dialek yang dimuatkan.