Mai cek oi cek mai.....

Mai Cek Oi Cek Mai (SELOKA ORANGKEDAH)

Video klip ini hasil ciptaan dan
sumbangan dari anakandaku:-
KHAIRIL SHAHMI BIN SHAIDUN
http://maidaribendang.blogspot.com/



17 Februari, 2011

Siaran Sabtu, 5.2.2011:-

Loghat yang diberi:-

Terdapat keunikan atau keistimewaan pada loghat atau dialek Utara (kategori kata nama)  di dalam menyebut hari lepas dan hari akan datang. Dalam penggunaan Bahasa Melayu baku, disebut 'semalam' bagi sehari yang lepas dan 'kelmarin' untuk hari-hari yang selepasnya. Tetapi di dalam dialek, untuk sehari yang lepas disebut 'kemarin'; dua hari yang lepas disebut 'kemarin dulu'; tiga hari yang lepas disebut 'kemarin dulu balik sana'; dan empat hari yang lepas disebut 'kemarin dulu balik sana nu'.
Begitu juga untuk satu hari akan datang, disebut 'esok' dalam penggunaan Bahasa Melayu standard dan 'lusa' untuk dua hari akan datang. Manakala uniknya di dalam dialek, ada lagi selepas 'lusa' iaitu disebut 'tulat'. Malah terdapat juga yang menyebut 'tungging' iaitu untuk empat hari akan datang. Kata 'tungging' ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun terdapat pengunaannya pada sesetengah tempat atau kelompok.

Daripada Pendengar:-

1.     Mengekor (Makcik Aminah, Mergong)
         Ingin bersama, hendak mengikuti; ikut atau turut dari belakang.
2.     Seculin (Pak Ku, Perlis)
         Sedikit, secubit (bkn sukatan).
3.     Kelolo; keloloh (Pak Ku, Perlis)
         Kelakar, melawak, bergurau.
4.     Terpa (Kak Zabedah, Langkawi)
         Terkam, serbu.
5.     Mengelau (Azahari, Felda Teloi Timur)
         Memancing (ikan haruan) dengan cara menggerak-gerakkan umpan dan sambil
         berjalan.
6.     Seloros (Azahari, Felda Teloi Timur)
         Menyanyi atau berlagu dengan nada agak sumbang.
7.     Cereguh; ceguh (Ku Dam, Kepala Batas)
         Telah hadir, tersedia, tercokoh.
8.     Kelemboi (Mi Mamak, Changlon)
         Sejenis siput (gondang) air tawar berbentuk bulat dan berwarna kelabu. Telornya
         berangkai dan warna kuning keperangan.
9.     Gelung; belung (Wan Long, Sungai Petani)
         Bertubuh, berbadan besar (bkn manusia).
10.  Siring (Mami, Sungai Petani)
         Menyaring, mengasingkan, memilih, mengambil bahagian tertentu sahaja (bkn cecair).
11.   Honggar (Mami, Sungai Petani)
         Menggoyang-goyang sesuatu yang tegap supaya jadi longgar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan serta komen yang membina amat dialu-alukan untuk memantapkan lagi pengertian atau maksud loghat atau dialek yang dimuatkan.